Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.? | OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik. | Tatabahasa | 30.08.2007 |
mengapakah perkatan seperti cekodok, kerongsang, teropong, tidak dieja mengikut pola keselarasan vokal? | Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Oleh itu, kata cekodok, kerongsang dan teropong adalah mengikut pola keselarasan vokal. | Tatabahasa | 08.08.2008 |
Selamat sejahtera, tuan 1. Apakah suku kata bagi perkataan "akhir" ? 2. Adakah tanda titik wajib digunakan dalam perkataan singkatan? Contohnya, S.J.K.(C.) Damansara atau SJKC Damansara?U.P.S.R. atau UPSR? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhir ialah a.khir. 2. Untuk makluman saudara, bagi singkatan yang hanya menggunakan huruf pertama perkataan, singkatan tersebut ditulis tanpa tanda titik. Oleh itu, yang betul ialah SJK(C) Damansara dan UPSR. <o:p>o:p> | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |