| Ok saperlu kn bantuan ya kerja | Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan dengan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya. | Lain-lain | 05.04.2026 |
| Ok tak kalau hantar mcm ni? (Salam Tuan, Saya Amin, wakil dari Bank Islam Malaysia ingin melampirkan visual untuk semakan bagi tujuan pengiklanan di kota Baharu Kelantan. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan semakan ini.) Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan, tuan boleh mehubungi saya di talian 0142986890 atau email di alamat asyafiqmr@bankislam.com.my | Salam sejahtera, untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai kaunter penguatkuasaan melalui 03-21479100/9200 untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2022 |
| OK | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 20.11.2018 |
| Semua ok. | Sila nyatakan soalan dengan lengkap untuk pihak kami membantu anda. | Lain-lain | 06.06.2024 |
| Adakah perkataan"ok" boleh digunakan dalam BM dalam ayat secara rasmi? | Perkataan “ok” atau “okey” tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi kerana dianggap sebagai slanga yang hanya digunakan dalam bahasa percakapan. Perkataan tersebut perlu digantikan dengan perkataan “baiklah”. | Makna | 25.02.2022 |
| Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
| Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan "membuta tuli". | Makna | 17.06.2021 |
| pengujian jenis komunikasi = kunjungan peribadi oleh rajabi pada 5/6/2014 | ok tiada masalah | Lain-lain | 05.06.2014 |
| Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQ | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah: 1) Bagaimanakah strawberi membesar? 2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?" | Tatabahasa | 28.05.2015 |
| terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke? | Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan. | Lain-lain | 06.06.2016 |