Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bukannya bersuluh batang pisang,
     bersuluh bulan matahari.

Bermaksud :

Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasihKedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.Istilah27.07.2016
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Makna02.02.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasihWaalaikumsalam.
Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua."
1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama.
2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
Tatabahasa18.03.2015
Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang?Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Tatabahasa13.05.2014
Apakah ayat songsang untuk ayat di bawah: (a) Orang-orang kampung tidak menyukai Faizan kerana dia selalu mencuri.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat (Tidak menyukai Faiza kerana dia selalu mencuri orang-orang kampung) dan pendepanan sebahagian daripada predikat (Tidak menyukai Faizan orang-orang kampung kerana dia selalu mencuri). Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Tatabahasa08.11.2015
Beberapa puak asli di Temasik iaitu Orang Selat, Orang Gelam, Orang Kallang dan Orang Kelumang. Adakah semua nama suku ini perlu huruf besar?Nama puak orang Asli adalah kata nama khas dan dieja seperti yang berikut orang Selat, orang Gelam, orang Kallang dan orang KelumangLain-lain05.09.2017
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua.Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Makna03.12.2013
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah patung yang terdapat di sawah dipanggil orang-orang? Saya ingin mendapatkan kepastian.Perkataan "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow.Makna29.05.2020
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman

Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua.  Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Tatabahasa26.03.2014
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
12345678910...

Kembali ke atas