Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Organisation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon terjemahan perkataan-perkatan berikut ke Bahasa Melayu: 1. Learning Engagement 2. Learning Disengagement 3. Leading Learning 4. Learning Organisation Berbanyak terima kasih di atas bantuan. Salam hormat hjhmisnaUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk Learning Engagement, Learning Disengagement dan Leading Learning dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk learning organisation ialah organisasi pembelajaran. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:
i. learning - pembelajaran
ii. engagement - keterlibatan, perjanjian
iii. disengagement - pembebasan, penyendirian  
iv. leading - termaju, terkini, pimpinan, mendulu
Puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan.
Istilah24.11.2012
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling tepat dan boleh digunakan secara meluas bagi "non-governmental organisation (NGO)"? Dalam carian di PRPM, istilah ini diterjemah sebagai badan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih.Dalam bidang Sains Politik digunakan istilah Organisasi BUkan Kerajaan, bidang Pentadbiran pula menggunakan istilah Badan Bukan Kerajaan, maka kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. Istilah Pertubuhan Bukan Kerajaan juga digunakan dalam kamus, namun kami mencadangkan tuan mengambil data daripada bidang peristilahan.Tatabahasa15.01.2015
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda.Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2019

Kembali ke atas