saya ateekah madeng ,sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya DBP perkataan "pahala" itu berasar daripada bahasa sanskrit atau tidak bagaimana contoh dalam ayat terima kasih atas jawapannya. | Kata ‘pahala’ ialah kata pinjaman daripada kata Sanskrit. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Makna | 22.09.2014 |
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan. 1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam... 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... | Tatabahasa | 06.04.2014 |
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:) | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah: a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran.
| Tatabahasa | 28.02.2012 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |