Selamat tengah hari, maaf saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan pemacu pena? | Perkataan "pemacu pena" ialah "thumb drive" atau "pen drive" dalam bahasa Inggeris. Ia adalah alat untuk menyimpan data dalam bentuk digital. | Istilah | 18.05.2020 |
Perbezaan pen dan pena. | Merujuk data kami, pen ialah alat yang runcing dan berbelah matanya untuk menulis dengan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Pena membawa 2 makna iaitu sejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat. Makna lain bagi pena ialah sejenis tali yang diikat pada dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Secara umumnya, pen dan pena membawa maksud yang sama.
| Makna | 12.02.2018 |
kata lain bagi tinta, pena, minda | Nur Kamarina, tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran | Makna | 17.03.2010 |
Salam sejahtera. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pena ? | Salam sejahtera, Tuan, Frasa yang terdapat dalam data ialah buah pena yang bermaksud hasil karangan seseorang atau karya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 18.07.2019 |
Salam sejahtera 1. ball point pen = pena mata bulat 2. rollerball pen = ? Terima Kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rollerball pen". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pena bola guling. | Istilah | 25.08.2013 |
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM? | Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 12.11.2007 |
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasih | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 15.07.2016 |
marker pen dlm bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu untuk "marker pen" ialah pena penanda | Istilah | 05.04.2012 |
Apakah istilah yang ditetapkan untuk pen drive ? | Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Makna | 17.06.2010 |
Apakah perkataan thumb drive (berkaitan dengan IT) dalam bahasa Melayu? | Padanan thumb drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Istilah | 06.01.2009 |