perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |
Harap dapat memberi nasihat mengenai kata sendi yang paling sesuai digunakan dalam konteks berikut: "Lihat hotel pada peta" atau "Lihat hotel di atas peta". Ini berkait dengan peta yang disertakan di laman web. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Lihat hotel pada peta". | Tatabahasa | 25.05.2012 |
Saya ingin menerbitakan buku di bawah penerbitan FRIM. Saya bercadang ingin menggunakan peta lama yang telah diterbitkan oleh DBP di dalam buku Atlas Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 sebagai salah satu gambar di kulit luar buku. Apakah prosedur yang perlu saya laksanakan untuk penerbitan semula peta ini? Sekian, terima kasih. | Penerbitan semula setiap bahan terbitan DBP perlu mendapat izin daripada kami. Sila hantar surat permohonan rasmi untuk tujuan ini kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sertakan juga salinan peta yang hendak digunakan itu. | Lain-lain | 25.08.2011 |
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan | Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Lain-lain | 27.08.2008 |
saya ingin mengetahui alamat dan peta tempat DBP wilayah timur. saya ingin membeli kamus perrtuturan loghat kelantan tulisan abdullah al-qari bin haji salleh. saya saya mendapat petunjuk dan jalan daripada pihak tuan/puan. assalamualaikum... | Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7414900. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Apakah maksud pertanyaan hasyur? | Menurut Kamus Dewan, "hasyur" bermaksud garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung (merujuk bidang Geografi) | Makna | 10.06.2007 |
definisi melukis dan menulis | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; | Makna | 02.08.2010 |
legenda atau lagenda | Legenda ialah cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 24.05.2010 |
Saya ingin mendapatkan pandangan pihak DBP untuk iklan yang dilampirkan ini. Adakah isnya kurang tepat? | Penggunaan perkataan latitud mungkin agak mengelirukan, apalagi jika ditulis latitud 22. Latitud ialah garis pada peta yang selari dengan khatulistiwa. Seharusnya dalam penulisan iklan, lebih baik digunakan perkataan yang lebih mudah difahami dan jelas maknanya. | Lain-lain | 11.10.2007 |
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja. | Puan, Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak. Kepada: kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada: kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
| Istilah | 22.08.2011 |