Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bunyi guruh yg kuat (biasanya disertai kilat), geledek; ~ tunggal petir yg amat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba; disambar (ditembak) ~ terkena panahan api (elektrik) petir; mata (panah) ~ halilintar, kilat; bagai kilat senja, bagai ~ tunggal prb tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll); memetir, memetir-metir mendegam-degam, menggeledek (suara dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi guruh yg kuat, biasanya disertai kilat: ~ tunggal petir yg sangat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petir (kata nama)
Bersinonim dengan halilintar, guruh, guntur, geledek, geluduk, petus, pelakar;,
Kata Terbitan : memetir, memetir-metir,

Puisi
 

Guruh petir penuba limbat,
     Pandan berjemur di seberang;
Dua tiga mencari ubat,
     Ubat dapat badanlah hilang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Adakah 'dipanah petir' dengan 'disambar petir' berbeza ?Disambar petir dan dipanah petir tidak mempunyai perbezaan.Tatabahasa15.07.2013
1.Di dalam Kamus Dewan, tidak wujud perkataan 'juvana'. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan 'masalah jenayah membabitkan remaja' sedangkan perkataan 'juvenil' pun mungkin tidak tepat? 2. Adakah 'terpanah petir' dianggap salah kerana alasannya ayat pasif 'ter' perlu dimasukkan 'oleh'?1. Tidak ada suatu perkataan khusus untuk memberi maksud "masalah jenayah yang membabitkan remaja" kecuali rangkai kata yang panjang seperti itu.  2. Ayat yang betul ialah, ... terpana oleh petir - untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-,kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Tatabahasa17.09.2008
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009

Kembali ke atas