Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ? | Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per. | Makna | 21.11.2009 |
PMR 2011 | Tidak ada soalan/pertanyaan yang dikemukakan. Jika pertanyaan saudara berkaitan dengan peperiksaan sila berhubung terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia atau Kementerian Pelajaran Malaysia melalui guru di sekolah. | Lain-lain | 27.09.2011 |
Dalam soalan PMR 2011, no.9 Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. [Tiada kesalahan] Yang manakah betul? Adakah kesalahan dalam ayat berikut? Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. | Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. - tiada kesalahan dalam ayat ini Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. - Struktur binaan ayat ini adalah betul, mungkin terdapat kekeliruan dari aspek semantiknya. Oleh sebab pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan (melalui guru di sekolah) untuk memastikan sama ada ayat ini betul atau sebaliknya. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Apakah ramalan Soalan yang Pmr yang sangat tetap | Sial kemukakan soalan tuan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia atau rujuk buku rujukan PMR yang ada membuat analisis kekerapan soalan dalam peperiksaan tersebut. | Lain-lain | 31.05.2013 |
Apakah laman web yang mempunyai bentuk-bentuk soalan untuk calon PMR? | Maaf. DBP tidak menyediakan kemudahan untuk laman sesawang bentuk-bentuk soalan untuk calon PMR. Kemungkinan dalam laman sesawang Utusan Malaysia atau Berita Harian. | Lain-lain | 30.09.2008 |
Ini soalan ulangan: Isunya cara mengira jumlah perkataan. Pemeriksa BM PMR dan SPM mengira nama khas “Selangor Darul Ehsan” satu perkataan. Pada saya, ada tiga perkataan, iaitu “Selangor”, “Darul” dan “Ehsan”. Siapakah yang DBP kata betul: saya atau pemeriksa BM PMR dan SPM? | Untuk makluman kami menilai pertanyaan saudara dari sudut kerja penyuntingan. Selangor Darul Ehsan dikira sebagai tiga perkataan tetapi berdiri sebagai satu entiti. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk pihak yang berkenaan, terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2009 |
salam tuan, bolehkah kita menggunakan bahasa sukuan yang terdapat dalam kamus dewan untuk penulisan seperti dalam karangan PMR atau SPM.Adakah kita perlu menggunakan tanda pengikat kata atau tidak. | Bahasa sukuan yang terdapat dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam penulisan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada boleh digunakan untuk peperiksaan PMR dan SPM perlu dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk kepastian. | Lain-lain | 25.04.2011 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
merujuk kepada soalan PMR 2012, ayat di bawah ini yang salah penggunaan perkataa 'jarang-jarang'. 1. Budak itu jarang-jarang datang ke rumah saya 2. Kain yang jarang-jarang tidak sesuai untuk dibuat seluar. 3. Jarang-jarang sekali berlaku kejadian banjir di kampung itu. 4. Buah durian di dusun Pak Atan amat jarang-jarang kerana kurang menjadi. | Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah. | Tatabahasa | 16.10.2012 |