| Apakah terjemahan yang paling tepat untuk 1- 'Authorized Signatory'? 2-Electronically sign contract on PPR ( PPR=contoh nama kontrak) 3-Pre-signed contract Terima kasih | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: 1. Authorized signatory: Penandatangan berwenang 2. Electronically sign contract: Tandatangan kontrak secara elektronik 3. Pre-signed contract: Kontrak pratandatangan | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2020 |
| 1. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki unit rumah PPR akibat kerosakan; Atau 2. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki rumah ppr akibat kerosakan. | Ayat yang lebih tepat ialah “Penyewa telah membayar deposit rumah PPR, tetapi belum memasuki rumah berkenaan disebabkan terdapat kerosakan.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |