Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PRIVATE

Peribahasa

387

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Parak awak sahajalah siangi

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Parak awak sahajalah siangi. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
private financing initiativeinisiatif pembiayaan peribadiIstilah20.04.2011
Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'private' dalam ayat ini: 'Your calls stay private with end-to-end encryption'. Adakah terjemahan ini betul: 'Panggilan anda kekal tertutup dengan penyulitan menyeluruh'. Terima kasih.Perkataan "private" dalam ayat yang dikemukakan sesuai diterjemahkan sebagai "sulit".Makna27.08.2019
Translation Private and Confidential dalam Bahasa MalaysiaPrivate and Confidential diterjemahkan kepada Sulit dan Peribadi.Penyemakan dan penterjemahan15.01.2015
Mohon dapatkan cadangan nama Seksyen Government Secured Private Cloud ke dalam Bahasa Melayu. t/kasihIstilah "Secured Private Cloud" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat berikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.03.2016
Apa istilah bahasa Melayu tinggi untuk "PM tepi (private message tepi)"?Kami mencadangkan padanan "mesej peribadi" untuk perkataan private message (PM). Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.Istilah16.08.2023
Yang manakah istilah betul dan digunakan pada masa kini? Data analyst - penganalisis data / juruanalisis data private equity analyst - penganalisis ekuiti persendirian / juruanalisis ekuit persendirian banking analyst - penganalisis perbankan/ juruanalisis perbankan terima kasihCadangan padanan bagi istilah data analyst dalam bahasa Melayu ialah juruanalisis data, private equity analyst ialah juruanalisis ekuiti swasta dan banking analyst ialah juruanalisis perbankan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah direct message (DM) dan private message (PM) yamg kerap kali digunakan dalam media sosial? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah direct message ialah mesej terus. Manakala, padanan bahasa Melayu bagi istilah private message ialah mesej peribadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah19.07.2023
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air CurtainCadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut:

1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF)
2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX)
3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_
4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat
5. water cooled system - sistem penyejukan air
6. booster pump - pam penggalak
7. roller shutter - penutup gendela gulung        
8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran
9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran
10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam

Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah23.04.2024
Apakah istilah bahasa melayu untuk Collaborative Governance. Maksud collaborative governance adalah seperti berikut: Collaborative Governance involves the government, community and private sectors communicating with each other and working together to achieve more than any one sector could achieve on its own.Cadangan istilah bahasa Melayu untuk Collaborative Governance ialah Tadbir Urus Kerjasama.Istilah26.04.2017
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
12

Kembali ke atas