Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bentuk atau gambaran sesuatu seĀ­bagaimana yg dilihat dr sisinya; ~ sungai bahagian (gambaran) yg menunjukkan cerun (aliran) sungai dr hulunya ke muaranya; ~ tanah bahagian (gambaran) yg menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah; 2. gambaran yg menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dsb) sesuatu pd sesuatu masa: penulis mengalihkan perhatiannya kpd ~ bahasa di negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PROFIL


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang manakah terjemahan yang betul bagi "job profile"? "Profil kerja" atau "profil pekerjaan" kerana kedua-dua terjemahan digunakan pada pelbagai laman web. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Terjemahan yang betul ialah profil kerja.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan25.02.2019
justifikasi, profil, kebolehupayaanjustifikasi, profil, kebolehupayaanEjaan07.06.2011
di mana boleh saya dapatkan profil organisasi dbp? boleh berikan sedikit maklumat berkenaan profil organisasi?

Terima kasih kerana menggunakan KNDBP.  Maklumat berkenaan profil DBP boleh didapati dengan melayari laman web dbp iaitu www.dbp.gov.my di bawah ikon "organisasi".  Serba sedikit maklumat berkenaan profil DBP adalah seperti yang berikut:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Lain-lain09.10.2008
dimanakah saya boleh dapatkan profil Dato' Syed Alwi dan Datuk Syed Ahmad Jamal?Profil Dato' Syed Alwi boleh dirujuk pada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP, 2005 manakala profil Datuk Syed Ahmad Jamal (penerima anugerah Seniman Negara) bolehlah dirujuk ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW). Sekian.   Lain-lain15.08.2008
Bolehkah perkataan 'profil' diberi imbuhan menjadi 'pemprofilan'?Perkataan perprofilan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP.Lain-lain12.12.2017
Assalamualaikum, Adakah pihak DBP menyimpan profil dan gambar tiga orang penyusun Tatabahasa Dewan, iaitu Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood? Saya telah memperoleh profil Nik Safiah sahaja melalui laman web. Terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ditemukan dalam pangkalan data awam (mungkin ada dalam simpanan bahagian/jabatan masing-masing). Kami hanya dapat melampirkan profil Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan Prof. Hamid Mahmood yang ada dalam simpanan kami. Lihat lampiran.Lain-lain02.04.2014
'profile' dalam BM adakah profail atau profilBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, ejaan yang betul ialah profil.Ejaan18.08.2022
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan berikut, yang mana satu penggunaan yang betul? "Profail Kampung" atau "Profil Kampung"Yang betul ialah Profil KampungIstilah03.04.2017
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil?Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi.Makna10.07.2008
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, ChetAyat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda.Tatabahasa01.04.2009
123

Kembali ke atas