PA ROOM | BILIK SISTEM SIAR RAYA | Istilah | 03.03.2011 |
Wujudkah perkataan pa'ji? Apakah perkatan tesarusnya? Boleh jelaskan maksudnya? | Perkataan pa'ji tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan perkataan tersebut dengan betul. | Makna | 04.02.2009 |
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih. | Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun. | Ejaan | 14.04.2012 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | فوست فرخدمتن تاير - pa (titik tiga) wau sin ta , pa (titik tiga) ro kha dal mim ta nun , ta alif ya ro | Ejaan | 05.09.2012 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk... | 1. في اي سيستم 2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya) 3. 4 G-D كود | Ejaan | 28.05.2012 |
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Assalamualaikum tuan, Saya mempunyai dua kemuskilan 1.Bagaimana mengeja parkataan pakaian.Adakah dua sukukata atau tiga. 2.Mak Usu,Mak Long adakah kata nama khas atau kata nama am atau kata gelaran | 1. Ejaan pakaian tiga suku kata - pa.kai.an tetapi disebut dengan dua suku kata - pa.kaian 2. Mak usu, mak long ialah kata nama, kecuali Mak Usu Limah dan Mak Long Siti ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 31.01.2012 |
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah: 1. [paip] 2. [se.luar] 3. [se.0.rang] 4. [be.ra.da] / [ber.a.da] 5. [ke.a.da.an] 6. [mem.pu.nya.i] | Tokoh | 24.05.2012 |
Mohon mendapat jawapan Lihat lampiran soalan yang dikemukakan (Rusli bin Kamaruddin) PA Y.B. Dato' Speaker merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 19.10.2011 |