Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Asia Pasifik dan Asia-Pasifik? Dan saya menemukan beberapa kesalahan seperti berikut: 1) Dalam bahagian pendaftaran bagi Pengesahan Bahasa, Johor Bahru telah salah dieja kepada "Johor Bharu" 2) Sila rujuk kepada lampiran fail yang menunjukkan kesalahan. Terima kasih. | Asia-Pasifik dan Asia Pasifik merujuk kepada bahagian dunia yang berhampiran Lautan Pasifik. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Untuk makluman tuan data yang dipaparkan dalam Pengesahan Bahasa merupakan data daripada permohonan iklan pelanggan yang belum dibetulkan oleh petugas. | Ejaan | 22.01.2018 |
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik? | Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. | Istilah | 20.04.2020 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik b) Pantai Sendai c) loji kuasa nuklear Higashidori d) pantai utara Jepun. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. Thank you To be the leading Holiday Inn in Asia Pacific that Guests Love and Employees Adore Untuk menjadi Holiday Inn yang terunggul di Asia Pacific dimana pelanggan mencintai dan pekerja memujai | Cadangan terjemahan ialah 'Untuk menjadi Holiday Inn yang unggul di Asia Pasifik yang dicintai dan dikagumi oleh pelanggan dan pekerja. | Makna | 02.05.2008 |