Saya ingin bertanya apakah terjemahan paling tepat bagi "Full stack Developer" dalam bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Pemaju Tindanan Penuh"? | Dalam pangkalan data kami, "Full Stack Developer" tidak wujud, walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan bagi perkataan tersebut pembina tindanan penuh. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.09.2019 |
Assalamualaikum, Untuk perkataan bahasa Inggeris "developer", apakah terjemahannya yang paling tepat? Terima kasih. Eizat Ikram | Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "developer". Padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konteks penggunaan. Padanan bahasa Melayu yang ada dalam pangkalan data DBP pemaju, pembina dan pembangun. | Istilah | 21.11.2016 |