| Apakah perbezaan antara pungut, kutip dan ambil dalam konteks pengambilan bungkusan? Saya lihat istilah pick-up diberikan makna kutip/kutipan oleh PRPM tetapi kutip itu bukankah bermaksud terlihat lalu mengambil ataupun mengambil wang daripada suatu pihak? Begitu juga dengan pungut, bukankah maksud pungut ialah mengumpulkan sesuatu atau mengambil sesuatu yang tiada pemilik? Mohon pencerahan. | Berikut adalah makna perkataan-perkataan tersebut yang boleh dirujuk kepada konteks istilah “pick-up”. (Rujukan KAMUS DEWAN PERDANA) Pungut -mengambil atau mengutip (sesuatu) yang ada di bawah seperti di lantai atau di tanah kerana jatuh dan lain-lain. Kutip - mengambil (sesuatu), satu demi satu dengan tangan atau alat khas. Ambil - memegang dan mengangkat (sesuatu atau seseorang) lalu dibawa, diangkut, disimpan dan sebagainya. Kutipan - Hasil daripada mengutip sesuatu.
| Lain-lain | 02.06.2022 |
| askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tk | Wasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 13.11.2017 |
| Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih | Wasalam. Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.11.2017 |