Apakah perbezaan makna " MISI" dengan " VISI". Jasa baik Tuan dipohon agar menyediakan contoh-contohnya. | Misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan, seperti Misi organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, atau disebut juga sebagai wawasan, contohnya Pemimpin yang mempunyai keperibadian yg utuh serta visi dalam kepimpinan. | Makna | 02.01.2012 |
Apakah maksud definisi misi,visi dan piagam | misi- 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara
visi- tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;
piagam- 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
| Makna | 27.11.2008 |
contoh ayat bagi visi dan contoh ayat bagi perkataan misi | Makna visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan. Contoh ayat : pemimpin mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; Makna misi : tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd. atau yg. akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Contoh ayat: ~ organisasi saya adalah untuk mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg. paling akrab dgn. keperluan negara. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
Apakah maksud visi dan misi? | Saudara, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan visi dan misi adalah seperti yang berikut: visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; misi : perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. | Makna | 10.09.2009 |
1) Bolehkah perkataan "pemenuhan" digunakan untuk merujuk kepada hal (perbuatan dsb) memenuhi atau memenuhkan? 2) Istilah "cabotage" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada pengangkutan atau hak untuk mengangkut barang dan/atau membawa penumpang di antara dua tempat di negara yang sama oleh pengendali pengangkutan laut, udara dll. dari negara lain. Bolehkah "kabotaj" diterima sebagai terjemahan bagi "cabotage", memandangkan istilah "kabotaj" sudah sering digunakan oleh agensi kerajaan, akhbar dll di Malaysia? | 1. Perkataan pemenuhan boleh digunakan untuk merujuk makna perihal memenuhkan. 2. Istilah kabotaj boleh digunakan. | Istilah | 25.08.2019 |
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat. | Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 11.03.2009 |