| soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat? | Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 13.03.2012 |