| Saya mahukan maklumat mengenai kepentingan perancangan bahasa? Saya juga ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan korpus, strategi dan taraf bahasa dan kaitannya dengan perancangan bahasa? | Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesbuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya,yakni yang menggunakan bahasa berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya dan/atau bahasa rasminya dan kemudian diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Korpus bermaksud himpunan makalah (tulisadsb.) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt. kumpulan contoh penggunaan kata). Strategi bermaksud antara lain rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Taraf bermaksud antara lain tinggirendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah,mutu,tingkatan. Perkara ini merupakan aspek yang bicarakan dalam perancangan bahasa. | Lain-lain | 22.03.2008 |