Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah seoarang guru untuk sebuah pusat tuisyen. Kami amat berbesar hati menjadikan buku-buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sebagai rujukan. Namun, kami dapati terdapat Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua keluaran DBP mengandungi peribahasa-peribahasa yang bercampur dengan peribahasa Indonesia. Persoalannya, adakah wajar untuk menggunakan peribahasa-peribahasa tersebut dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia? Penggunaan bahasa masa kini telah mewujudkan beberapa peribahasa moden yang masih belum diiktiraf oleh DBP. Adakah penggunaan peribahasa tersebut boleh diterima dalam pendidikan sekolah?Peribahasa ialah warisan dari satu generasi ke satu generasi. Tidak ada peribahasa moden, berkemungkinan yang berlaku ialah ungkapan umum yang popular dan dianggap sebagai peribahasa. Peribahasa Melayu diwariskan oleh generasi terdahulu dan digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di Malaysia atau sebaliknya. Untuk tujuan peperiksaan khususnya hendaklah dirujuk kepada pihak yang berkuasa dalam hal berkenaan.Lain-lain07.08.2018
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasihSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  Lain-lain03.10.2009
Soalan peribahasa Apakah peribahasa boleh digunakan tajuk karangan ibu bapa dan anak-anak?Bolehkah Tuan senaraikan 5 peribahasa tersebut.Terima kasih yaPuan boleh menggunakan laman web PRPM untuk membuat pelbagai rujukan termasuklah peribahasa. Contoh, tuliskan ibu bapa dalam carian dan pilih maklumat daripada peribahasa (di bahagian kanan laman web). Rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ibu+bapa&d=82736&#LIHATSINI, anda akan temukan peribahasa  Jangan meludah ke langit. Bermaksud: Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. Ada 20 lagi peribahasa yang berkaitan.
   
Lain-lain06.01.2021
Salam. Adakah kesemua peribahasa yang terkandung dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua penyusunan Abdullah Hussain dan Peribahasa Sekolah Menengah oleh Asiah Abdul Rahman terkandung dalam Kamus Dewan? Adakah peribahasa tersebut dikira standard atau baku? Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, sebahagian besar peribahasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan memang daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Dalam Kamus Dewan Perdana, pihak editorial telah melihat kembali peribahasa-peribahasa dalam Kamus Dewan Empat dan ada membuat beberapa pembaikan makna Peribahasa. Pembaikan dibuat dari aspek makna dan keselarasan peribahasa yang muncul di beberapa entri yg berbeza. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi: Puan Hairani binti Mohd Khalid, Bahagian Perkamusan, atau e-mel: irani@dbp.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain20.10.2020
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa.Makna28.05.2010
(1) Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa 'amak berlela, amak berupa' mendukung maksud banyak tabiat, banyak olehnya. Adakah 'oleh' dalam konteks ini bermaksud 'benda/keuntungan yang diperoleh'? (2) Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa ini pula bermaksud berbagai-bagai gaya dan rupa. Adakah maksud ini sama dengan maksud di {(1)}? Adakah peribahasa ini mempunyai dua maksud? (3) Dalam konteks apa peribahasa ini digunakan? Bolehkah satu ayat contoh dibina bagi peribahasa ini?

Berdasarkan semakan versi bercetak bagi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, amak berlela, amak berupa bermaksud banyak tabiat, banyak olahnya bukan banyak olehnya. Maksud dalam Kamus Peribahasa adalah hampir sama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu berbagai-bagai gaya dan rupa.

Contoh ayat:

Warga kota amak berlela, amak berupa semasa mengunjungi Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Pihak kami akan membetulkan maksud dalam prpm agar tiada kekeliruan timbul. Kami menghargai pertanyaan pihak tuan dan didahului ucapan terima kasih.

Tatabahasa30.08.2020
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Apa beza konsep "Cerita Peribahasa Kanak-Kanak" dgn "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak"?

Untuk makluman, "Cerita Peribahasa Kanak-kanak" menerangkan tentang peribahasa yang digunakan dalam buku tersebut. "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak" pula lebih kepada persembahan penceritaan. Misalnya sebagai perbandingan atau perumpamaan dalam cerita. Bagi penjelasan lebih lanjut, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera16.01.2025
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya"?Tidak wujud peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya" peribahasa yang ada ialah  “tiada penyakit yang tiada penawarnya” .Lain-lain08.06.2017
Adakah penggunaan peribahasa dalam ayat ini betul. "Seperti yang dikatakan dalam peribahasa"ada bukit,ada paya". Penggunaan telefon bimbit ada keburukan dan kebaikan." Jika tidak sesuai,apakah peribahasa yang sesuai?Peribahasa "ada bukit, ada paya" bermaksud ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. Untuk melihat peribahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Tatabahasa28.04.2016
12345678910...

Kembali ke atas