Ayat di bawah ini jenis ayat perintah apa? Usahkan kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai sebaliknya kita perlu berusaha gigih. | Ayat tersebut merupakan ayat perintah larangan. Akan tetapi, ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih tepat: Usah kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai, sebaliknya kita perlu berusaha dengan lebih gigih. | Tatabahasa | 28.09.2015 |
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan SILA, MINTA, TOLONG.Harap beri penjelasan dan contoh ayat untuk 3 perkataan tersebut.Terima kasih. | Perkataan sila, minta dan tolong ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan dan permintaan. Kata sila lazimnya digunakan dalam permintaan dengan lebih hormat, seperti sila ambil makanan di sana. Contoh lain, minta tuan-tuan bersabar sebentar dan jangan berludah di sini. | Tatabahasa | 26.06.2016 |
Selamat Petang. Saya Nandhana shankara ingin tanya satu soalan.Saya masih sedikit keliru dengan penggunaan perkataan perkataan TOLONG, MINTA , SILA.Bolehkah anada memberikan beberapa contoh ayat untuk tiga perkataan tersebut? | 1. Sila ambil makanan di sana. 2. Minta tuan-tuan bersabar sebentar. 3. Jangan berludah di sini. Perkataan sila, minta dan tolong ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan dan permintaan. Kata sila lazimnya digunakan dalam permintaan lebih hormat. | Tatabahasa | 27.06.2016 |
Apakah makna ayat imperatif? | Makna ayat imperatif ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaan | Makna | 16.07.2006 |
Selamat sejahtera, 3 ayat ini betul atau salah? 1. Apabila ibu bapa memberikan tugasan, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugasan mereka. 2. Semasa ibu bapa mendidik kita, dengarlah didikan mereka dengan teliti. 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang reda. 3 ayat tersebut ialah ayat perintah atau ayat majmuk? terima kasih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Apabila ibu bapa meminta kita untuk berbuat sesuatu, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugas yang diberikan. (ayat perintah: larangan) 2. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa yang bertujuan untuk mendidik kita. (ayat perintah - permintaan) 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang terbuka. (ayat perintah - permintaan) Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 21.03.2025 |
harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini , ada kesalahan tak ?tq | Kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi Harap anak-anak sekalian tidak bermain di sini atau Jangan bermain di sini. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Selamat sejahtera. Minta tanya Harap jangan buat keputusan secara terburu-buru. Adakah penggunaan kata perintah dalam ayat ini betul? Terima kasih. | Ye, ini ialah ayat perintah, jenis larangan dan bentuk ayat yang betul ialah "Jangan buat keputusan secara terburu-buru". | Tatabahasa | 20.10.2022 |
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'. | Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256. | Tatabahasa | 21.03.2008 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
Apakah jenis ayat di bawah. Soalan : Semua pelajar diminta berkumpul di padang. Ayat penyata atau ayat perintah ? Tolong berikan sebab. Terima kasih. | Ayat yang diberikan ialah ayat perintah. Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ms. 441 dan 448 - 452. | Tatabahasa | 07.08.2011 |