Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat laut Semenanjung, ke­luasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perlis

Puisi
 

Negeri Perlis bandaraya Kangar,
     Pasar jaja ikan pelotan;
Dinda tak nampak tetapi dengar,
     Tentu sahaja kerja syaitan.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah?Ayat yang betul ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Harap maklum.Tatabahasa25.07.2008
apa maksud 'PERLIS INDERA KAYANGAN'. terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, indera ialah dewa, manakala kayangan ialah negeri tempat dewa-dewa. Mungkin disebabkan kedudukan Negeri Perlis di sebelah atas Semenanjung, maka negeri tersebut dinamai sedemikian. Walau bagaimanapun, saudara hendaklah menghubungi Kerajaan Negeri Perlis untuk mengetahui pengertian sebenarnya.

Makna08.07.2009
Saya pernah tanya satu soalan pada 25/7/2008: 1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah? Jawaban yang diberi oleh pihak DBP ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Saya kurang bersetuju dengan jawaban yang kedua yang diberikan. Hal ini demikian kerana selepas perkataan "bertanyakan" bukankah tidak boleh letak perkataan "tentang" kerana adanya imbuhan -kan di perkataan sebelumnya. Harap pihak berkenaan dapat memberi penjelasan tentang hal tersebut. Sekian, terima kasih.

Memang benar pendapat saudara. Pilihan jawapan yang kedua sepatutnya berbunyi begini: '....bertanya tentang jalan ke Muzium Perlis'

Tatabahasa03.11.2008
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya?Selamat ptg.

Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
Salam. Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Setiap pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali.
Pemain merujuk kepada orang yang bermain bola sepak.  Tidak perlu pengulangan.
Tatabahasa30.07.2022
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasihKOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan.  Tatabahasa25.03.2008
Assalamualaikum. Nama Masjid Kami ialah MASJID AS SYAKIRIN, Mukim Oran, Perlis. Soalan: Apakah ejaan yang betul bagi nama Masjid kami: AS SYAKIRIN atau AS-SYAKIRIN AL SYAKIRIN atau AL-SYAKIRIN tulisan jawinya: مسجد الشاكرين atau ejaan yang lain Terima kasih.Alaikumussalam,

Padanan ejaan nama khas daripada Jawi kepada Rumi ialah mengikut kaedah transliterasi: al-Syakirin
Ejaan19.02.2014
Assalamualaikum DBP. Saya Mohamad Syahir Bin Fadzil dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Saya ingin kepastian berkaitan cara membaca atau menyebut simbol / yang digunakan di dalam format nombor laporan polis. Sebagai contoh nombor laporan polis ARAU/002121/20. i) Adakah dibaca sebagai ARAU palang 002121 palang 20? ii) Ataupun adakah dibaca sebagai ARAU garis miring 002121 garis miring 20 ? Sekian soalan saya. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang sesuai ialah palang.Lain-lain12.04.2020
Apakah maksud perkataan "zalil" , perkataan ini tidak dapat daridapa kamus. Lagu kebesaran Negeri Perlis ada yang menyebut" Doa Hamba yang zalil.Tiada dalam rujukan kami.Makna17.08.2009
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010
12

Kembali ke atas