Yang mana satukah lebih tepat sebagai nama bangunan: Menara Kembar Petronas; atau Menara Berkembar Petronas? Sekian, terima kasih. | Menara Berkembar Petronas | Tatabahasa | 30.10.2008 |
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih. | "Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar. | Istilah | 22.05.2013 |
a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul? | Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Petronas ________singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. A. ialah B. adalah C. merupakan Mohon jawapan dan penjelasan bagi jawapan yang betul, dan fungsi perkataan 'merupakan' dalam ayat.Terima kasih. | Petronas ialah singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama "singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional". | Tatabahasa | 30.05.2013 |
adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas? | Saudara, Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan. | Ejaan | 21.10.2010 |
Penggunaan kata penguat paling; bolehkah ia digunakan dengan perkataan sekali. ch: Petronas towers adalah bangunan yang paling tinggi sekali di Malaysia. | Kata penguat paling tidak perlu lagi diikuti dgn kata kata penguat sekali, oleh itu memadai ayat tersebut; Menara Petronas merupakan bangunan yang paling tinggi di Malaysia. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin meminta bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat-ayat di bawah sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa. Ayat 1: Menara Kembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Ayat 2: Menara Berkembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Antara ayat 1 dan ayat 2, ayat yang mana satu merupakan ayat yang gramatis. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Menara Berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya. | Ejaan yang tepat ialah berbahaya. 1. Awas, berbahaya! 2. Kawasan larangan dan berbahaya. | Ejaan | 21.07.2013 |
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong. | Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut : i. Nama ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara iii. Pendidikan iv. Bahasa v. Kegiatan vi. Alamat vii. Profil : anugerah, sumbangan. | Lain-lain | 17.03.2008 |
apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pojok sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin naik, mereka terpaksa membeli juga barangan tiruan yang murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha menambah tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | Tatabahasa | 22.04.2013 |