Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Doctor of Philosophy (Doktor Falsafah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PhD


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….?

Puan Nurulhuda,

1.   Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi.  Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut:

  A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.   Kandungan  cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut:

   (a)         Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.).

   (b)         Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

   (c)         Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:)

   (d)        Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

3.     Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. 

         

  

Lain-lain04.03.2009
saya pelajar phd saya membuat kajian tentang teks jawi tlisan tangan. soalan sya ialah adakah terdapat mana2 buku keluaran DBP berkaitan dengan tulisan jawi dan buku2 yang mengandungi jawi tulisan tangan seperti dalam bentuk syair dsbnya. Selain itu ada tak buku yang bertajuk syair rakisTerdapat banyak buku tentang Jawi di perpustakaan seperti Naskhah Jawi Sejarah dan Teks, DBP, 1994 dan Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2005 dan untuk mendapatkan senarai buku dan makalah yang berkaitan sila layari prpm.dbp.gov.my, tuliskan di carian kata tajuk buku atau makalah yang berkitan atau kata kuncinya jawi, dan klik pada buku atau artikel. Tidak ada tajuk buku Syair Rakis dalam sumber rujukan kami.Lain-lain16.03.2010
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010
Untuk siapakah singkatan YBhg. (YANG BERBAHAGIA) digunakan? Jika seseorang mempunyai gelaran Doktor (PhD). Apakah gelaran yang sesuai digunakan, jika orang itu perempuan? Jika orang itu lelaki?Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Oleh itu, gelaran yang tepat bagi Dr. (PhDuntuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat.Lain-lain10.12.2010
SAYA SEDANG MEMBUAT KAJIAN PHD DI UM. TERM "CROSS CULTURAL" BILA DIUBAH KE BAHASA MALAYSIA " PERSILANGAN BUDAYA" ADAKAH BETUL? TERIMA KASIH.Menurut data PRPM, padanan istilah bahasa Inggeris "Cross Cultural" ke bahasa Melayu ialah silang budaya.Istilah24.06.2013
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism"  belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara.Istilah15.03.2013
Saya sedang menulis tesis PHD di dalam Bahasa Malaysia dan memerlukan bantuan pihak DBP untuk mendapatkan terjemahan Bahasa Inggeris kepada istilah Bahasa Malaysia yang saya tidak temui di dalam kamus. Istilah tersebut ialah "Perceived Learning". Di harap pihak DBP dapat membantu.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perceived learning. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk perceived, iaitu amatan, diamati, anggapan dan tanggapan. Istilah bahasa Melayu untuk learning ialah pembelajaran. Dalam bidang Pendidikan, terdapat istilah perceive yang padanan bahasa Melayunya ialah mengamati. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk perceived learning ialah pembelajaran amatan.Istilah22.10.2012
Salam, Saya merupakan pelajar PHD dan ingin memperolehi senarai buku bergambar kanak-kanak dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di Malaysia. Ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan oleh saya bagi meningkatkan penguasaan membaca murid di Malaysia. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan.

Saudara boleh mendapatkannya dengan menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau merujuk buku-buku yang berkenaan di IPTA/IPTS yang mempunyai jurusan yang berkenaan.

Lain-lain03.12.2011
Assalamualiku, Saya merupakan pelajar PhD dari UPM. Saya ingin bertanya jika DBP ada bercadang untuk mengadakan sebarang seminar, persidangan tentang bahasa melayu. hal ini demikian kerana saya ingin menjadi peserta untuk membentangkan kertas kerja saya. maklumat daripada pihak Tuan amat-amat dihargai. Sekian terima kash.

Saudara Azean,

Saudara boleh melayari laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan DBP.

Lain-lain15.06.2010
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
1234

Kembali ke atas