Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum WBT. Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut "Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk makluman, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa istilah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Lain-lain24.07.2025
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih.Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan.Tatabahasa01.12.2014
Apa yang di maksudkan Kemudahan awam?

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kemudahan awam ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya. 

Makna16.01.2009
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan?Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan
Lain-lain30.03.2013
Kami mempunyai sebuah kilang yang dijadikan sebagai gudang untuk menyimpan bahan mentah. Terdapat 1 soalan yang perlu mendapatkan nasihat dari pihak tuan/puan. 1. Apakah penggunaan ayat yang sesuai untuk membuat pendaftaran di pejabat pihak berkuasa tempatan? Adakah gudang atau pergudangan?Keterangan utama pada papan premis: GUDANG
- Lihat Lampiran yang disertakan.
- Untuk pengesahan bahasa dalam iklan/paparan awam layari laman web www.dbpsahbahasa.my. 
Lain-lain21.08.2025
Nuvelle Lim RAB 3.37 PTG Nuvelle Lim bolehkah tanya, jika hendak buka (retirement home) , yang bukan awam punya, apakah jenis license yang perlu apply dan pergi mana apply?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Setelah itu kemukakan permohonan tuan berserta sijil pengesahan bahasa kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti DBKL.Lain-lain06.09.2017
Salam, Saya dari TRT Electronic (M) Sdn Bhd, ingin memohon menyemak/khidmat nasihat logo syarikat kami. Disini saya sertakan logo sayarikat kami. Farah 013-7661597Untuk makluman puan, DBP tidak membuat pengesahan logo syarikat. DBP membuat semakan dan pengesahan penggunaan iklan di tempat awam yang memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Dalam apapun bentuk paparan, mesti ada penggunaan bahasa Melayu. Kemukakan permohonan puan, melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain07.10.2015
Siapakah individu-individu, kumpulan, organisasi utama yang menyuarakan pendapat mereka tentang masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan?Semua rakyat boleh bersuara untuk menyuarakan pendapat tentang masalah penggunaan bahasa di tempat awam tetapi hendaklah melalui saluran yang betul. Masalah penggunaan bahasa tersebut boleh dimajukan terus kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada Bahagian Dasar Bahasa, DBP yang menyediakan khidmat pemantauan bahasa pada papan tanda dan media massa. Tatabahasa04.09.2009
123

Kembali ke atas