Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? diputuskan adalah salah mengikut jawaban buku rujukan. TQMereka berasa kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan.Tatabahasa14.02.2012
Kesesuaian ayat ini: i) Bagi memperkukuhkan imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan berkaliber. ii) memerlukan perancangan rapidTukar kepada:
i) Memperkukuh imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan stabil
ii) Memerlukan perancangan yang rapi
Lain-lain11.09.2017
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Hi, saya nak daftar iklan di DBP SAH BAHASA saya sudah isikan semua dan sudah pilih Pihak Berkuasa Tempatan Lepas semua siap , saya click simpan, Then system tulis "berjaya dicipta". Tapi saya pergi bayar, sana tulis "Rekod tidak wujud. Sila buat permohonan", tak ada bayaran boleh pilih saya pergi balik paparan utama, masuk tadi iklan yang saya permohonan tapi yang tempat "Pihak Berkuasa Tempatan" jadi Tiada Rekod Then saya kemas kini semula then sent satu kali lagi system tulis "Masalah Kemaskini permohonan tidak berjaya" saya sudah cuba lain account , lain computer pun tak bolehSaya sudah maklumkan perkara ini kepada pegawai teknikal.

Pegawai teknikal kami akan cuba membantu menyelesaikan masalah tuan.
Lain-lain24.08.2018
semakan bannar bagi kelulusan pihak berkuasa tempatanSila layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain28.09.2017
Salam, Mohon pengesahan untuk papan tanda syarikat untuk tujuan permohanan lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Contoh lakaran seperti dilampirkan. Terima kasih.Selamat Sejahtera,

Tuan,

Sila layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.

Terima Kasih.
Lain-lain04.06.2018
Kami ingin memohon lesen atau permit kain rentang di hadapan premis perniagaan, justeru Pihak Berkuasa Tempatan memerlukan semakan penggunaan bahasa oleh DBP. Sekian Terima Kasih.Sila buat permohonan pengesahan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain10.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas