Apa adjectif yang sesuai untuk menerangkan pisang muda dan mangga muda? | Menurut data kami, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama (seperti besar, tinggi, merah, muda, tua); kata sifat. Sehubungan dengan itu, frasa pisang muda dan mangga muda adalah betul. | Tatabahasa | 22.05.2018 |
Adakah ayat berikut betul, 1. Kulit pisang semasa muda berwarna hijau. | Ayat yang betul ialah kulit pisang muda berwarna hijau | Tatabahasa | 03.05.2017 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug | Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat, 1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya, berkaitan dengan cara membuat pantun dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibuat atau dibina oleh 5 ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya lihat pantun empat kerat. 1. Pembayang dimaksudkan baris pertama dan baris kedua pantun. Contoh: Padi muda jangan dilurut/ kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud pula untuk baris ketiga dan baris keempat pantun.Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun, iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas dibawa belayar/ Masak sebiji di dalam peti/ Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |