Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor | Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut. | Makna | 05.05.2011 |
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor | Bahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang. | Tatabahasa | 30.04.2015 |
Perkataan berganda bagi Naib Canselor ialah Naib-naib Canselor. Apakah perkataan berganda bagi Pro-Canselor? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, kebiasaanya hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan. Sebagai contoh, "Ketua-Ketua Menteri" tetapi jarang penggunaan kata "Naib-naib Canselor". Pihak kami mencadangkan penggunaan kata beberapa orang naib canselor atau beberapa orang Pro-Canselor. | Istilah | 03.10.2015 |