| Maksud dan istilah authentic project secara terperinci untuk kajian saya yang bertajuk authentic project. | Untuk makluman, istilah authentic project tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 30.01.2011 |
| Bolehkah perkataan "project aoutcomes" diterjemahkan sebagai "keberhasilan projek"? | Terjemahan keberhasilan projek boleh digunakan bagi perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2019 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.02.2023 |
| Soalan saya berkaitan dengan pengistilahan Authentic Project di dalam bahasa melayu. di harap mendapat pertimbamgan dengan kadaran segera. | Untuk makluman, tidak ada istilah authentic project dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah authentic mempunyai beberapa padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sahih, sah, tulen, lengkap, asli, boleh dipercayai, autentik. Padanan untuk authentic project bergantung pada konteks yang digunakan sama ada projek yang boleh dipercayai, projek tulen dan sebagainya. | Istilah | 30.01.2011 |
| Sdr, apakah terjemahan ke dalam bahasa Melayu bagi istilah "project signature"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi project signature ialah pengenalan projek. | Istilah | 08.06.2011 |
| Perkhidmatan penterjemahan perkataan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris: Project Delivery Division Bahasa Malaysia: | Kami mencadangkan Project Delivery Division diterjemahkan kepada "Bahagian Penyampaian Projek", sekiranya bersesuaian dengan konsep yang berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2023 |
| 1. Create Project Task Apakah tejemahan yang sesuai untuk perkataan 'create'. Ini ialah antara muka sistem IT. Adakah 'Cipta Tugas Projek'? 2. Created By Untuk ini pula, adakah 'Dicipta Oleh' terjemahan yang sesuai? Terima kasih. | 1. Kami mencadangkan teks "Create Project Task" diterjemahkan kepada "Reka Tugas Projek" 2. Terjemahan bagi teks "Create By" ialah "Dicipta oleh" | Penyemakan dan penterjemahan | 05.10.2019 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "milestone"? Contohnya "Project Milestone" dan "Payment Milestone" ? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan “Project milestone” dan ”Payment Milestone”. Dalam data rujukan kami, perkataan “milestone” diterjemahkan sebagai batu penanda. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "progress payment" yang padanan bahasa Melayunya ialah pembayaran ikut kerja dan “developmental milestone” yang dipadankan sebagai jadual perkembangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2018 |
| apakah terjemahan bagi istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. | Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna. | Istilah | 17.07.2014 |
| Apakah terjemahan untuk istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. | Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna. | Istilah | 17.07.2014 |