| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| "Jambatan Kedua Pulau Pinang" atau "Jambatan Pulau Pinang Kedua"? | Yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua". | Tatabahasa | 01.08.2007 |
| Cikgu, mengikut hokum D-M tatabahasa, antara yang berikut yang manakah adalah betul? 1. Jambatan Kedua Pulau Pinang 2. Jambatan Pulau Pinang Kedua | Frasa yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua". | Tatabahasa | 10.05.2014 |
| Mengapakah - Saya bercuti ke Pulau Pinang (betul) dan bukannya - Saya bercuti di Pulau Pinang. Ayat yang mana betul. Mengapa? 1. Saya ingin memesan beberapa buah buku dari syarikat tuan. 2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan. | 1. Saya bercuti ke Pulau Pinang betul kerana kata sendi nama "ke" menunjukkan arah atau tempat yang dituju. 2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
| Salam sejahtera dan selamat petang. Baru-baru ini saya nampak kandungan di Wikipedia mengenai rencana Pulau Pinang. Dalam rencana tersebut, nama rasmi Pulau Pinang dieja sebagai Bandar raya Pulau Pinang. Saya ingin mengenal pasti sama ada ejaan ini betul atau tidak? Perlu ditulis sebagai Bandar raya ataupun Bandar Raya? | Mohon hantar semula soalan kerana lampiran tidak dapat dibuka. Mohon pastikan juga soalan ringkas dan padat, seboleh-bolehnya tanpa lampiran. | Tatabahasa | 05.10.2025 |
| Di antara ayat berikut, yang mana satu yang betul? 1. Saya pergi bercuti di Pulau Pinang. 2. Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang. | Ayat yang betul ialah: Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
| Apakah bentuk kata bagi perkataan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan? | Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merupakan Kata Nama Khas. | Lain-lain | 15.07.2018 |
| Apakah golongan kata bagi kata 'Pulau Pinang' , 'pesuruhjaya' dan ' keibubapaan' ? | Salam sejahtera, Golongan kata bagi Pulau Pinang ialah kata nama khas, pesuruhjaya tergolong dalam kata nama am manakala keibubapaan pula tergolong dalam adjektif yang merujuk kepada sifat. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
| Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang? | Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Lain-lain | 10.12.2008 |