Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia?

Salam sejahtera,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud
daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. 

    Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah 
wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

    Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri'

Lain-lain01.12.2012

Kembali ke atas