RESTORAN HM R&R KIDS SHOP HLT TEMERLOH SDN BHD MCM MANA NK JAWI KAN AYAT DI ATAS YE? MASALAH PADA AYAT YG SEKETUL2 TU. TERIMA KASIH | Ejaan jawi bagi RESTORAN HM R&R KIDS SHOP HLT TEMERLOH SDN BHD ialah RESTORAN - ريستورن HM - ايچ عيم R&R - ار & ار KIDS - كيد س SHOP - شوڤ HLT - ايچ ايل تي TEMERLOH - تمارلوه SDN. BHD. - سنديرين برحد | Ejaan | 30.12.2019 |
Salam, apakah istilah yang betul bagi R & R? Adakah 'Rehat dan Rawat? Terima kasih. | R & R merupakan singkatan bagi Rehat dan Rawat. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Apa maksud penggunaan huruf-huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan..me N-, mempe R- , dipe R-. | Penggunaan huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan meN-, mempeR- dan dipeR- dipanggil alomorf. Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir, penulis Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 04.07.2010 |
Salam... Boleh saya tahu penggunaan singkatan yang betul bagi: 1. r.a / r.a. / RA 2. a.s / a.s. / AS | 1. Singkatan yang betul bagi radiallahuanhu ialah r.a. 2. Singkatan yang betul bagi alaihissalam ialah a.s. | Ejaan | 24.08.2017 |
1.Penggunaan 'r' dan 'R' untuk singkatan doktor perubatan dan doktr falsafah.( Dr. dan DR. ) | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. | Lain-lain | 10.04.2010 |
Abdul Halim R SAYA ABDUL HALIM "R" BEBERAPA TAHUN LALU TELAH MENJUAL KOLEKSI SAYA KPD PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DBP: ■Buku,majalah,risalah. ■Penerbitan sulung...bil 1 ■Draf... ■Foto. SAYA INGIN TAHU ADAKAH SEMUANYA TELAH DISUSUN UNTUK SAYA INGIN PERGI MENATAPNYA? Wassalam. About | Mohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut. | Lain-lain | 11.11.2016 |
Assalamualaikum, Saya difahamkan r.a dan a.r dalam tajuk, harus menggunakan huruf kecil. Adakah perkataan penuhnya juga sama? Penggunaan 'rahimahullah', 'radiallahuanhu' dan 'mengenai' dalam tajuk. Haruskah menggunakan huruf besar atau kecil? | Wa alaikumussalam, Perkataan "radiallahuanhu", "rahimahullah" dan "mengenai" pada tajuk harus menggunakan huruf besar pada huruf pertamanya. | Lain-lain | 14.01.2015 |
Istilah bahasa Melayu untuk genre muzik R&B. | Tiada istilah khusus untuk R&B. Oleh itu, R&B ditulis secara italik dalam penulisan bahasa Melayu. | Lain-lain | 07.10.2018 |
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, kenapa kata nama "pelantikan" atau "peletakan" tanpa "r", manakala "persaraan" dengan "r"?Adakah oleh sebab kata dasar "persaraan" adalah "bersara"? Dan mana-mana kata dasar yang bermula dengan "ber...", adakah kata namanya mesti didahului dengan "per"? | Kata terbitan “pelantikan” lazimnya daripada kata kerja “melantik” (me + kata dasar), maka terbitlah perkataan “pelantikan” yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti “bersara”, maka terbitlah perkataan “persaraan”. | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Bagaimana cara penulisan yang betul bagi perkataan DIRAJA. Adakah perlu membesarkan huruf R selepas huruf Di atau tidak perlu membesarkian huruf R tersebut. Mohon jua penerangan kenapa R perlu besar atau kekal kecil. Contoh: Kor Perkhidmatan Diraja atau Kor Perkhidmatan DiRaja. Rejimen Askar Melayu Diraja atau Rejimen Askar Melayu DiRaja Polis Diraja Malaysia atau Polis DiRaja Malaysia Terima kasih daun keladi. Jasa anda amat dihargai. | Ejaan yang betul ialah “Polis Diraja Malaysia” dan “Kor Perkhidmatan Diraja”. Tiada perkataan yang dieja menggunakan huruf besar di tengah perkataan bagi kata terbitan. | Ejaan | 29.08.2024 |