Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id kep Raden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata R II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3. peramal 2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasihAwalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan pe- dan peN- sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf R serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf R (kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan).Tatabahasa25.07.2009
Penterjemahan perkataan saintifik kepada nahasa melayu, sperti napthaldehyde aldol condensation, alkoxynapthaldehyde, enolate, hydoxyphenyl, acetophenone, decoxynapthaldehyde Penterjemahan perkataan cooperated

Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. napthaldehyde aldol condensation – pemeluwapan aldol naftaldehid

ii. alkoxynapthaldehyde - alkoksinaftaldehid

iii. enolate - enolat

iv. hydoxyphenyl -  tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah hydroxyphenyl  dan padanan bahasa Melayunya ialah hidroksifenil

v. acetophenone - asetofenon

vi. decoxynapthaldehyde - dekoksinaftaldehid

Istilah09.05.2013
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih.

Saudara Anuar,

i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat  organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii.  Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM.  Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA.          

Lain-lain10.08.2009

Kembali ke atas