Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development Authority (Pihak Ber­kuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata RISDA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
Huraian tentang perkataan Akronim tulenMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Istilah14.05.2009
adakah penggunaan akronim dapat digunakan secara meluas dalam bahsa melayu?? adakah akronim yang kita guna hendaklah diketahui oleh umum??Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi contohnya seperti RISDA dan MARA. Antara kelebihan penggunaan akronim ialah untuk memudahkan orang ramai menyebut dan mengingati sesuatu institusi itu. Lain-lain20.12.2008
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. Makna22.01.2008
adakah untuk akronim memerlukan titik, contoh U.K.M, K.T.M.B., Alaihis salam A.S. dan R.A.Akronim bermaksud kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah UKM, KTMB, a.s. dan r.a. .Tatabahasa29.08.2007
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan?Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak.Ejaan02.07.2015
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan?Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak.Istilah01.07.2015
Apakah penggunaan akronim yang betul untuk nama bahagian di bawah dalam versi bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI): Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat

Akronim ialah bentuk gabungan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai suatu perkataan. Contohnya, RISDA, MARA, FELDA.

Akronim boleh dieja sama ada dalam bentuk huruf besar ataupun huruf kecil bergantung pada beberapa ciri tertentu. Ada dua jenis akronim, iaitu akronim nama khas dan akronim umum. Kedua-duanya tidak menggunakan noktah.

Akronim nama khas terbahagi kepada tiga bentuk, seperti yang berikut:

  1. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata, contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri).
  2. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata atau huruf awal sesuatu rangkai kata, contohnya, Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara).
  3. Akronim yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata, contohnya, Bernama (Berita Nasional Malaysia).

Akronim umum pula terbentuk melalui cantuman suku kata awal atau beberapa huruf suku kata awal perkataan. Kata akronim umum ditulis dalam huruf kecil. Contohnya, jentolak (jentera tolak), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar) dan tadika (taman didikan kanak-kanak).

Singkatan pula berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih, dan tidak bertaraf kata, contohnya, UPM (Universiti Putera Malaysia),  KL (Kuala Lumpur), JKR (Jabatan Kerja Raya), PDRM (Polis Diraja Malaysia), PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

Merujuk pada nama Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat yang diajukan oleh pihak tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak membuat penetapan, sama ada penggunaan singkatan atau akronim bagi nama tersebut. Tuan boleh menggunakan singkatan BDTM ataupun membentuk akronim berdasarkan kaedah/jenis akronim yang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 169  dan  laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ .



Tatabahasa13.06.2025
Salam sejahtera, bagai memasang pelita siang hari bahawa kata 'galus' (akronim untuk gagal atau/dan lulus) dan 'raksbaya' (akronim untuk rakan sebaya) tidak terdapat dalam entri Kamus Dewan yang terkini dan Kamus Dewan atas talian walhal kedua-dua kata ini sering digunakan oleh pengguna-pengguna bahasa Melayu atau sudah mantap penggunaannya. Soalnya, adakah kedua-dua kata ini digalakkan penggunaannya dalam penulisan karangan? Semoga tuan/tuan memberikan penjelasan untuk meleraikan kemusyikilan bahasa ini sekali gus memartabatkan bahasa Melayu. Sekian. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi, seperti RISDA dan MARA. Bahasa Melayu tidak menerima bentuk akronim sebagai kata yang sahih, lebih-lebih lagi untuk tujuan pembelajaran dan peperiksaan.Tatabahasa21.12.2016
12

Kembali ke atas