apakah biodata rejab F.I dan sumbangan serta antologi puisinya | Salam. Terima kasih atas pertanyaan sdr. Bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang penulis Rejab F.I., silalah rujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga, terbitan DBP 2005. Selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 23.03.2009 |
Salam Tuan, Kami ingin tanya ejaan Bulan Islam yaitu: Rajab atau Rejab dalam bahasa dan tilisan melayu? Terima kasih Wassalam | Rejab | Tatabahasa | 07.12.2012 |
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Kelapangan bermaksud: 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah. 3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan. | Makna | 16.04.2011 |
1)Apakah yang dimaksudkan dengan asas fotografi dan berikan huraian tentang... -komposisi -mesej -teknik fotografi (mengikut prinsip fotografi) | Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah : 1. Filem dan Fotografi oleh Ian Graham . terbitan DBP : 2005 2. Fotografi olehSujana Mohd Rejab terbitan DBp tahun 1993 | Lain-lain | 25.02.2009 |