Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Report


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya ingin tanya Bahasa Melayu untuk Inception Report dan Interim Report. Sekian, terima kasih. Felicia Chua MAMPU, JPMPadanan Inception Report ialah Laporan Awal, iaitu Laporan sesuatu kajian untuk mendapatkan persetujuan bidang tugas antara klien dengan pengkaji. Padanan Interim Report ialah Laporan Interim, iaitu laporan sementara yang disediakan oleh mana-mana jawatankuasa ataupun individu sebelum tarikh laporan akhir.Istilah18.09.2014
Mohon nasihat untuk terjemahan yang tepat untuk perkataan "ageing" dalam konteks "customer ageing report" atau "debtors ageing report" dalam istilah kewangan. Terima kasih.

Dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, padanan istilah bahasa Melayu untuk ageing ialah pengusiaan. Cadangan terjemahan ialah Laporan Pengusiaan Pelanggan dan Laporan Pengusiaan Penghutang.

 

Makna18.02.2011
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk One Page Report?Cadangan padanan bagi istilah one page report dalam bahasa Melayu ialah laporan sehalaman atau laporan satu halaman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.04.2025
Salam sejahtera, adakah laporan Insepsi adalah terjemahan bahasa melayu bagi Inception report yang betul? terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah inception report secara umumnya ialah laporan awal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.01.2024
Salam. Di dalam peristilahan penyalahgunaan digital, terdapat dua kategori berbeza (antara lain) iaitu "violence" dan "terrorism". Sekiranya "violence" diterjemahkan kepada "keganasan", bagaimanakah cara membezakan "violence" dan "terrorism" yang juga diterjemahkan sebagai "keganasan"? Contoh penggunaan ayat: "Report acts promoting violence" dan "Report acts promoting terrorism". Terima kasih.Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "terrorism" dan "violence" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah16.06.2022
I would like to report on your PRPM website. When I clicked on the second tab to see the other definition, it did not load anything on the page and remained on the first tab only. Please refer to screenshot. This issue applies to all words with more than one definition tab.Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain10.05.2024
Assalamualaikum. Soalan saya berkenaan penterjemahan. 'Integrated Annual Report 2016' telah diterjemahkan sebagai 'Laporan Integrasi Tahunan 2016', sedangkan bagi saya ia harus diterjemahkan sebagai 'Laporan Tahunan Bersepadu 2016'. Pada pendapat Munsyi adakah terjemahan 'Laporan Integrasi Tahunan 2016' menepati maknanya dalam bahasa Inggeris? Ia adalah buku laporan berkenaan prestasi sebuah badan korporat sepanjang tahun berkaitan. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah Laporan Tahunan Bersepadu 2016. Penyemakan dan penterjemahan20.03.2018
Pelancaran (boleh diguna atau tidak) utk. tajuk sama, tetapi tahun berlainan (annual report)Boleh, sebab tahun berlainan, walaupun tajuk samaTatabahasa14.07.2008
Saya memohon untuk terjemahan bahasa Melayu "PARTICIPATORY SURVEILLANCE" : an active surveillance enables public to self-report signs or symptoms, without laboratory testing or assessment by a health care providerCadangan terjemahan bagi PARTICIPATORY SURVEILLANCE ialah "PENGAWASAN PENYERTAAN"Makna02.06.2022
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan di bawah? 1) Canvas Bag 2) Goodie Bag 3) Document Holder 4) Ring File 5) Flat file 6) Report Card Holder Terima KasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1) Canvas Bag - Beg Kanvas
2) Goodie Bag - Beg Cenderamata
3) Document Holder - Pemegang Dokumen/Bekas Dokumen/Fail Dokumen
4) Ring File - Fail Gelang
5) Flat File - Fail Rata
6) Report Card Holder - Pemegang Kad Laporan/Bekas Kad Laporan/Fail Kad Laporan
Istilah23.12.2016
12

Kembali ke atas