Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Restaurant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
RESTAURANT BOSS CURRY HOUSEUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain31.03.2015
LESIX RESTAURANT

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain06.06.2017
JJL Steamboat RestaurantSalam Sejahtera,

Untuk pengesahan papan tanda, anda boleh ke laman sesawang https://dbpsahbahasa.my/ untuk mendapatkan pengesahan tersebut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain10.06.2020
apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan?Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant.Istilah17.09.2010
salam 1 Malaysia, apakah terjemahan untuk "make over" contohnya Restaurant Make over?. Terima kasih.Tidak ada terjemahan make-over dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan make-over diterjemahkan kepada ubah rupa seperti restaurant make-over diterjemahkan kepada ubah rupa restoran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2014
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih.

1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami.

2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu.

3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). 

Makna27.11.2008
Dear Sir/Madam, We want change our restaurant outside signboard as attached file from old to New. Kindly advice/grant approval fro new signboard.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar pelanggan terlebih dahulu bagi permohonan pertama dan pilih DAFTAR IKLAN, pilih jenis iklan papan premis dan buat bayaran sebanyak RM10. Untuk maklumat lanjut sila lihat manual pengguna dalam laman web berkenaan.Lain-lain18.06.2018
Saya ingin menyemak nama berikut sebagai nama restaurant: Cafe Asia Care Sila mengesahkan bahasa tersebut dan mengeluarkan sijil perkenaan sebagai bukti pengesahan. Sekian Sahaja, terima kasihKami mencadangkan frasa tersebut dipinda kepada Kafe Cita Rasa Asia. Untuk pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa08.04.2014
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Andaikata SSM saya bernama P.Mamam Legacy, adakah saya boleh letakkan nama Port Mamam untuk restaurant saya? Adakah saya akan mendapat kelulusan drpd pihak DBP utk tujuan pelesenan? Terima kasihNama Port Mamam tidak boleh digunakan kerana tidak berdaftar dengan SSM/MyIPO dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Nama perniagaan untuk Papan Premis Kedai/Syarikat hendaklah menggunakan nama yang sama seperti didaftarkan dengan SSM/MyIPO, P.Mamam Legacy atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul.Lain-lain02.11.2021
12

Kembali ke atas