Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark; huruf ~ huruf Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam pembinaan ayat selepas nombor roman adakah ditulis huruf besar atau huruf kecil. Sebagai contoh seperti di bawah. Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah : i. merobohkan bangku konkrit; ii. membina tandas baharu iii. mengalihkan tiang gol ; dan iv. membina pejalan kaki. Mohon komen cara penulisan saya di atas adakah betul atau salah. Juga mohon diperbetulkan jika salah.

Penggunaan huruf besar dan kecil pada pangkal ayat selepas nombor roman bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Bagi contoh yang diberikan, huruf pada pangkal ayat menggunakan huruf kecil kerana ayat tersebut membahagikan satu ayat yang sama kepada beberapa bahagian.

Oleh yang demikan, kami mencadangkan susunan ayat seperti yang berikut:

Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah

i.  merobohkan bangku konkrit,
ii. membina tandas baharu,
iii. mengalihkan tiang gol, dan
iv. membina laluan pejalan kaki.

Manakala, huruf besar pada pangkal ayat digunakan dalam bentuk isi penting (point form), seperti contoh yang berikut:

Senarai jabatan/bahagian yang terlibat adalah seperti yang berikut:

i. Jabatan Pengurusan Personel.

ii. Jabatan Dasar.

iii. Bahagian Pentadbiran Am.

iv. Bahagian Penguatkuasaan.

 

Lain-lain06.08.2025
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih.

Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta.   (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat  dalam bahasa Melayu. Ayat  bahasa Melayu  boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu  (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan  dan (iv) Ayat permintaan. Roman'"> Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!.Roman'">   Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang.Roman'">  Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat. Roman'">    Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!

    Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan  ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta.  Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong".

 (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. 

Tatabahasa23.03.2009

Kembali ke atas