| Kata nafi 'bukan' sepatutnya hadir di hahapan frasa nama dan frasa sendi nama. Mengapa ayat berikut terkecuali? "Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning. Terima kasih. | Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Jadi , ayat contoh yang saudara berikan: Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning, penggunaan kata nafi 'bukan' adalah betul kerana kata nafi 'bukan' boleh berada di hadapan frasa sendi adjektif apabila ada maksud pertentangan. | Makna | 16.04.2014 |
| saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan. | Saudara Shahfizan, Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
| 1)Sesetengah orang tidak berminat untuk bersukan dan beriadah. 2) Dua daripada pemain berjersi merah-kuning itu dibuang padang kerana melanggar peraturan permainan 3) Masing-masing pelajar yang tidak membuat sebarang latihan itu didenda oleh Puan Low. 4) Sesetengah pejabat swasta tidak dibuka pada hari Sabtu. 5)Satu perdua deretan rumah kedai itu musnah dijilat api. Munsyi, apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 1 - 5. haraplah tunjuk ajar daripada tuan . Terima kasih terlebih dahulu. | Buang perkataan itu dalam ayat 2, 3 dan 5. Untuk membina ayat gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 11.06.2012 |