Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SEADANYA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, saya ingin bertanya, antara berikut yang mana satu tepat? "Biarku terima kamu seadanya" atau "biar kuterima kamu seadanya"? Dan apakah istilah yang perlu saya cari sekiranya saya ingin mengkaji penggunaan ku-, kau-, -mu dan sebegitu? Terima kasih, tuan.Salam sejahtera,
Tuan,
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ke-3, kedua-dua ayat tersebut tepat penggunaannya. Penggunaan kata ganti nama singkat hendaklah ditulis rapat dengan akta yang diterangkan, sama ada di pangkal kata kerja atau di hujung kata nama.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2018
Salam sejahtera, Adakah 'Poka-yoke' sesuai digunakan seadanya atau terdapat terjemahan bagi terma ini? Maksud: Poka-yoke is a Japanese term that means "mistake-proofing" or "inadvertent error prevention" Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Poka-yoke Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk poka-yoke ialah mencegah kesilapan yang tidak disengajakan dan ditulis seperti yang berikut:

mencegah kesilapan yang tidak disengajakan (poka-yoke)
Penyemakan dan penterjemahan17.02.2018
Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih.Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand  ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih.Istilah10.12.2017
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.
Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal.
Lain-lain26.09.2017
Rujukan dalam teks - contoh Dickson-Swift et al. 2008. Adakah ia dikekalkan atau boleh ditukar kepada Diskson-Swift dan lain-lain 2008?Lebih baik dikekalkan seadanya.Lain-lain10.02.2011

Kembali ke atas