Wd Sh Nov 13th, 2:46pm Salam sejahtera. Saya nak tanya. Perkataan "eksesais" ni perkataan bahasa melayu ke? | Salam Sejahtera. Tiada perkataan "eksesais" dalam bahasa Melayu (Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat). | Makna | 13.11.2015 |
Kenapakah ejaan Shisha dieja dengan sh dan bukannya sy sedangkan dalam digraf bahasa Melayu tidak wujud digraf sh? Memandangkan alat shisaha ini sudah ada di Malaysia, kenapakah pembentukan bahasa pinjaman ini ke dalam bahasa Melayu tidak menggunakan digraf sy. | Menurut Kamus Dewan Perdana, ejaan yang betul ialah syisya | Ejaan | 05.10.2020 |
Adakah DBP menyimpan kertas kerja perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berkait persetujuan yang dibuat tentang pelambangan bunyi bahasa Melayu? Contoh mengapa 'sj' di Indonesia dan 'sh' di Malaysia diselaraskan menjadi 'sy'? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut. Selamat mencuba. | Lain-lain | 15.07.2019 |
Bagaimakah ejaan asal 'masyarakat' Bahasa Melayu kuno atau di persuratan lama? Adakah ianya 'masharakat'? Saya mahu membuat pengesahan. Terima kasih. | Perkataan "masyarakat" dipinjamkan daripada bahasa Arab. Sebelum tahun 1972, Malaysia menggunakan ejaan lama dalam mengeja masyarakat. Grafem yang digunakan pada ketika itu ialah "sh", grafem "sy" diperkenalkan pada tahun 1972. Ejaan tersebut ialah "masharakat". | Lain-lain | 03.04.2019 |
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)? | Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001 | Lain-lain | 18.10.2007 |