Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan: konsep penjagaan kesihatan dan ~ semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat; 2. tempat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikĀ­an dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb; 3. jakuzi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubat-ubatan yg baik utk kesihatan. 2 tempat atau pusat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dgn cara mandi wap, khidmat urut dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SPA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "spas"? Adakah "spa-spa" sesuai digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, spa-spa boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk spas. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat kerana adakalanya kita tidak perlu mengulangi kata tersebut walaupun merujuk kepada lebih daripada satu.Istilah04.07.2013
apakah maksud konsep spa aromaterapi?

Puan Bronica,

Maksud spa aromatérapi ialah spa yang memberikan  rawatan  menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb.

Makna18.01.2010
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam.Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa".Tatabahasa18.06.2013
adakah perkataan ini sesuai dan boleh diletakkan pada papantanda pengiklanan?Perkataan SPA betul dan sebagai keterangan iklan perkataan SPA perlu diletakkan di bahagian atas. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.12.2012
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
adakah perkataan peraut wujud.sekiranya asa spa maksudnya.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata masukan yang terdapat ialah 'raut' yang bermakna sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajam, menghalus) rotan dan lain-lain.Makna12.02.2008
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja.Makna04.04.2013
Salam, Saya ingin bertanya jika ada alihbasasa melayu untuk perkataan inggeris "MediSpa" Atau bolehkah kami menggunakan perkataan yang sama untuk papan iklan "signage" kami. Terima Kasih.Perkataan Medispa tidak boleh digunakan. Kami mencadangkan Pusat Kecantikan dan Spa.Lain-lain21.06.2013
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009

Kembali ke atas