Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SPM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul, PRA-SPM, PRA SPM atau PRASPM ? Terima Kasih.Pra-SPMLain-lain05.08.2009
Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ?Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per.Makna21.11.2009
mendapatkan cara-cara menjawab soalan Bahasa Melayu SPM.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Bagi memudahkan saudara mendapatkan maklumat berkaitan soalan ini, sebaiknya saudara merujuk buku-buku SPM atau guru SPM kerana dapat berhubung secara langsung dan mendapat petua yang terbaik bagi menjawab soalan. Terima kasih.Lain-lain07.01.2007
Soalan : Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Apakah jawapan ayat pasif yang sesuai? Anak Mak Siti dipuji olehnya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. ATAU Anaknya dipuji oleh Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tolong berikan penjelasan, terima kasih.Ayat pasif bagi ayat "Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM" ialah "Anaknya dipuji Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM". Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa30.07.2015
dalam subjek spm,ada mata pelajaran kesasteraan melayu?Dalam peperiksaan SPM, mata pelajaran kesusasteraan Melayu diajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Sekian.Lain-lain09.02.2009
Kertas soalAn SPM dipanggil bahasa melayu atau bahasa malaysia?Sebahagian daripada mata pelajaran teras untuk SPM ialah Bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.Istilah23.04.2015
Adakah dlm PRPM terdapat contoh karangan untuk pelajar SPMTidak ada contoh karangan untuk pelajar SPM dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku rujukan yang banyak terjual di pasaran.Lain-lain07.09.2012
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.

Ayat yang  betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,...
Tatabahasa30.08.2013
Nurul Syuhada Mar 19th, 10:51am Adakah DBP ada menyediakan biasiswa untuk pelajar lepasan SPM?DBP tidak menyediakan biasiswa untuk lepasan SPM, tetapi DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di institusi pengajian tinggi dalam negeri iaitu, Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail.Lain-lain19.03.2015
Salam Sejahtera Tuan Saya ingin memulakan satu perkhidmatan kepada pelajar SPM secara online.Perkhidmatan yang kami ingin mulakan adalah EBOOK iaitu nota padat untuk rujukan pelajar SPM pada tahun ini. Kami akan buat nota daripada fakta yang terdapat dalam buku teks sekolah .Kami akan membuat nota padat dalam bentuk EBOOK(PDF). Kami akan pasarkan ebook ini dengan harga yang murah iaitu 0.30 sen satu bab . Saya membuat nota padat ini dalam bentuk PDF dan tidak mencetak dalam kertas. Saya ingin memohon nasihat pihak DBP tentang hak cipta.Adakah pengambilan fakta buku teks akan melanggar hak cipta buku teks. Saya ingin memulakan perkhidmatan ini dengan mematuhi peraturan dan undang-undang malaysia. Saya hanya ambil fakta daripada buku teks untuk membuat nota padat. saya harap pihak DBP sudi memberi nasihat tentang hak cipta buku teks. Terima KasihBerkaitan dengan hak cipta karya yang akan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, puan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian  03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Karya23.08.2014
1234567

Kembali ke atas