Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bersambung 1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. menyambung 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. menyambungkan 1 men­­­jadikan sesuatu bersambung pd se­suatu yg lain; menggunakan se­suatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain. sambungan apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih pan­jang dll; tambahan. penyambung­an perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan. penyambung sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Putus tali sambung benang;
Siang malam terbayang-bayang,
     Budi bahasa terkenang-kenang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, Mana satukah yang betul tatabahasanya untuk menterjemah ayat "Connect to Internet?" 1) Sambung kepada Internet. 2) Sambung melalui Internet. 3) Sambung dengan Internet. 4) Sambung ke Internet. Harap Tuan/Puan dapat beri sedikit pencerahan tentang penggunaan kata sendi yang paling sesuai digunakan. Terima kasih.

Wkslm ...
Terjemahan yang sesuai bagi 'Connect to Internet' ialah Sambung melalui internet. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi".

Makna25.07.2020
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
Apakah kata dasar bagi "Kesinambungan"? Bagaimana hendak menggunakan imbuhan "me..." bagi kata dasar berkenaan? "Menyinambungkan"?Kata akarnya ialah sambung yang disisipkan -in- menjadi sinambung.

Perkataan sinambung tidak menerima imbuhan me- tetapi kata akar, sambung boleh menerima awalan meN- iaitu menyambung.
Tatabahasa12.08.2013
Salam sejahtera, Tuan. Sambung daripada pertanyaan saya pada 29/8 & penerangan Tuan pada 1/9.... Saya pernah merujuk Kamus Dewan edisi 4, penjelasan maksud rama-rama pula adalah sebaliknya. Sebab itu, saya berasa keliru. Setahu saya, kalau terdapat apa-apa percanggahan , mestilah rujuk Kamus Dewan, right? Terima kasihSebagaimana yang dinyatakan Kamus Dewan Edisi Keempat, rama-rama adalah kupu-kupu. Kupu-kupu pula ialah serangga berwarna-warni yang terang dan ada juga yang besar dan tidak berwarna-warni sayapnya. Sila rujuk juga muka surat 854 Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna01.09.2020
Tuan,saya nak tanya bagaimanakah sambung semua ayat menjadi tiga ayat?Mohon pihak puan membetulkan ayat tersebut menjadi tiga ayat. Pihak kami tidak menyediakan khidmat menyelesaikan tugasan. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk rujukan.Lain-lain15.01.2021
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong.

Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut :

    i. Nama

   ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara

   iii. Pendidikan

   iv. Bahasa

   v. Kegiatan

  vi. Alamat

  vii. Profil : anugerah, sumbangan.

 

Lain-lain17.03.2008
Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih.

a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar.

b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya

c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.

d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya.

Tatabahasa21.06.2010
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
Mohon pencerahan. Sy cek dalam website tiada perkataan tatakelola.. kelola ada Tata kelola jarak atau sambung tatakelola Kalau tatabahasa rapat Dalam kamus indonesia ada tatakelola Adakah ia perkataan baharu?Padanan bagi kata governance dalam bahasa Melayu ialah tadbir urus. Kata tatakelola banyak digunakan dalam penulisan dalam bahasa Indonesia, khususnya dalam bidang pengurusan.

Kata tatakelola dieja rapat seperti kata tatabahasa dan tatasusila.

Benar, kata tatakelola ini ialah kata baharu dalam bahasa Melayu dan masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP.
Lain-lain12.09.2023
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul.
1.    Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju.  2.    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan  pe-...-an menjadi pengelasan.
Tatabahasa17.04.2017
123

Kembali ke atas