saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan) | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang betul: Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan). Sekian, terima kasih.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2017 |
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan dlm Bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. genius Science Master? Benarkah kalau saya tulis Sarjana Sains yang pintar? 2. The Master = Sarjana itu Terima kasih. | Perkataan sarjana sains yang pintar boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2019 |
Salam, Saya pelajar tahun akhir Sarjana Sains UKM, ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan DBP sama ada prarawatan atau pra-rawatan. Jasa baik pertolongan anda amat dihargai. Sekian, Terima kasih. | Salam, ejaan yang betul ialah prarawatan. | Ejaan | 20.01.2014 |
Saya merupakan pelajar peringkat pasca ijazah sarjana dalam bidang Fakulti Perubatan jurusan Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat. Syarat wajib lulus adalah menghasilkan satu kajian "Thesis" di mana laporan perlu dihasilkan dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan tesis. | Lain-lain | 07.05.2025 |
1. saya memerlukan makna KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 2. apakah perbezaaan antara KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 3 beri contoh kedua-dua perkataan tersebut. Ini kerana saya sedang membuat Tesis Sarjana Sains Politik dari UKM. Pensyarah minta saya terangkan apa perbezaan antara Kepemimpinan dan Kepimpinan. pohon bantuan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | | Makna | 26.11.2013 |
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains? | Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan. | Lain-lain | 19.08.2007 |
Penggunaan kata sendi nama dari/daripada yang manakah betul dalam ayat berikut: Mohd Akmal merupakan Pegawai Penyelidik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari/daripada Universiti Malaya. Penggunaan kata sendi nama dari atau daripada dalam konteks ayat tersebut yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian daripada Universiti Malaya". | Tatabahasa | 22.11.2023 |
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih. | Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Saya adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya). Saya ingin membuat pertanyaan, saya berminat untuk menjalani latihan industri saya pada tahun hadapan di DBP. Oleh itu, bagaimanakah proses permohononan latihan industri boleh dibuat di institusi ini? Saya bakal menjalani latihan industri bermula pada Mac 2023 sehingga Julai 2023. Terima kasih | Salam sejahtera, PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali: - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Laman web: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 E-mel: akademi@dbp.gov.my | Lain-lain | 27.11.2022 |
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227 | Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato': YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan, No. 13, Jalan Pekaka 8/10, Kota Damansara, 47830 Petaling Jaya. | Lain-lain | 27.09.2014 |