Apakah istilah scrolling media sosial dalam bahasa melayu? Saya tidak menjumpai perkataan scrolling dalam bahasa Melayu. Terima kasih jawab soalan saya. | Maksud scrolling dalam bahasa Melayu ialah "penatalan". Maka cadangan terjemahan bagi social media scrolling ialah "penatalan media sosial" | Makna | 16.12.2021 |
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris doom scroll/ doom scrolling ? | Kami mencadangkan doomscrolling atau doomsurfing diterjemahkan sebagai "tatal lara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.03.2022 |