Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Secara tahunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Merujuk kepada soalan saya mengenai cara menulis "laureate" dalam bahasa Melayu, contoh istilah ialah "Wikimedia Laureate" iaitu sebuah anugerah yang diberi oleh Yayasan Wikimedia secara tahunan. Untuk makluman, istilah ini diterjemahkan oleh Yayasan Wikimedia sendiri ke beberapa bahasa, namun terjemahan bahasa Melayu belum disediakan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah laureate ialah tokoh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.08.2023
Apa beza piala iringan dan piala pusingan?

Piala pusingan merupakan piala yang dipertandingkan secara tahunan, manakala piala iringan merupakan piala yang diberikan kepada pemenang di samping hadiah atau piala kemenangan yang lain.

Makna13.09.2024
penggunaan perkataan dari dan daripada. contoh: menerima kenaikan gaji tahunan secara biasa daripada P1 RM 1,268.43 kepada P1 RM 1,363.43 mulai 01 April 2014. adakah ayat di atas betul dengan penggunaan perkataan daripada??Ayat yang diberi adalah betul.Lain-lain09.07.2014
Laras LaporanTerdapat berbagai-bagai jenis laporan, ada laporan tahunan, laporan kerja, laporan projek dan sebagainya. Tetapi secara amnya laras laporan kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca atau penonton. Istilah-istilah teknikal dan khusus tidak digunakan dalam laras bentuk ini disebabkan bidang yang diperkatakan tidak menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus.Lain-lain13.12.2006
Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan

Saudara,

            Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua Editor, Editor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut:

             (i)   Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan.

             (ii)  Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya.  

             (iii)  Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan.

             (iv)  Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman.  

             (v)   Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. 

              (vi)   Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak.  

 

Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. 

Lain-lain25.10.2010
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH....Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan.Lain-lain29.10.2014
Salmiyah Umar Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan.Lain-lain21.04.2014
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih.
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan.

Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut:
1. RM2000 - RM2800
2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif
3. HANTARKAN XXX MELALUI:
4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN
5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA
6. CUTI TAHUNAN
7. ELAUN SYIF
8. SUBSIDI KANTIN

Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan.
Lain-lain19.10.2021
adakah dewan bahasa dan pustaka mengambil pelajar untuk membuat latihan industri dan adakah akan memberi elaun ketika latihan industri?Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mengalu-alukan permohonan pelajar IPT untuk menjalani Latihan Industri. Kuota tahunan maksimum seramai 30 orang. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM10.00 sehari mengikut hari bekerja. Permohonan mestilah dikemukakan melalui pihak universiti dan permohonan secara individu tidak akan dilayan. Terima kasih atas minat dan sokongan saudara terhadap organisasi kami.Lain-lain11.07.2011
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI"

Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan.

Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak.

Tajuk kursus:

1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti.

2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti.

Makna12.02.2014

Kembali ke atas