| Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab | Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
| adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Tatabahasa | 03.11.2022 |