| Bolehkah perkataan "SENARAI" diikuti dengan kata ganda. Contoh : "Senarai nama murid-murid....". Kekeliruan muncul kerana pada saya, "Senarai" telah menunjukkan banyak. Macam perkataan "Semua". Kita tidak boleh guna bersama kata ganda. Contoh "Semua murid-murid...". Sepatutnya "Semua murid...." | Kata ganda merujuk kepada perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan sepenuh (rumah-rumah), (baik-baik) atau sebahagian (lelaki,lauk-pauk). Bagi membantu saudara menjawab persoalan yang dikemukakan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan edisi Baharu atau Buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. | Lain-lain | 25.09.2007 |
| 1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan' | 1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 2. Kami pergi ke sana bersama-sama ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama. 3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Lain-lain | 17.09.2015 |
| Yang mana betul: a. Bersama-sama ini dilampirkan... atau b. Bersama ini dilampirkan Yang mana betul: a. Adalah dimaklumkan bahawa tuan telah... atau b. Adalah dimaklumkan tuan telah... Yang mana betul: a. Sehubungan dengan itu .... atau b. Sehubungan itu, ..., Yang mana betul: Di dalam senarai kehadiran mesyuarat perlu ditulis a. YBhg. Dato' Ramli Bin Hamid atau b. Dato' Ramli Bin Hamid (tiada YBhg.) | Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ...", "Sehubungan dengan itu" dan YBhg. Dato' Ramli bin Hamid . | Tatabahasa | 08.05.2012 |
| Salam, saya ingin bertanya mengenai senarai novel kanak-kanak dan antologi cerpen yang diiklankan di DBPNiaga. Ia akan amat membantu sekiranya DBP meletakkan juga lebih banyak informasi mengenai buku-buku yang diiklankan di DBPNiaga kerana terdapat pensyarah yang inginkan pelajar mengkaji karya yang diterbitkan pada tahun-tahun tertentu. Terima kasih. | Salam sejahtera, senarai novel kanak-kanak dan antologi cerpen yang diiklankan di DBPNiaga. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Terlebih dahulu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan yang diberikan. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengambi maklum tentang cadangan untuk meletakkan lebih banyak informasi mengenai buku-buku yang diiklankan di DBPNiaga bagi memudahkan urusan pelanggan melihat senarai judul buku kanak-kanak yang terdapat dalam DBPNiaga. 2. Oleh itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai judul buku kanak-kanak untuk makluman selanjutnya. Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 27.10.2020 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.01.2019 |
| Perbezaan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Sejarah perkembangan bahasa melayu di kedua-dua negera. Kerana saya sekarang di Beijing, bahan berkenan tidak cukup, bolehkah hantar sebanyak mungkin bahan berkenanan kepada saya. terima kasih banyak. | Saudari Amirah Beijing, Bersama-sama ini disertakan senarai buku yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran saudari di BFSU Beijing. Oleh sebab kedudukan georafi sdri yang jauh, sdri dicadangkan menghubungi pegawai pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu, untuk mengadakan perbincangan tentang perolehan pinjaman atau penghantaran bahan secara digital. Pegawai Pustakawan tersebut ialah Encik Nik Aman Nik Yusof e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim e-mel: izammh@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih, Razali Che Mat Pegawai Komunikasi Korporat DBP razali3@dbp.gov.my | Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025 | [tiada pengarang] | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2007 |
| Bentuk-bentuk kata bahasa Melayu dan Indonesia | Musa Daia | Pustaka Aman Press | 1974 |
| Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa Indonesia: satu perbandingan pola | Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1968 |
| Lain-lain | 04.06.2008 |
| Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses pindaan Akta Penyakit Berjangkit 1988. Pihak Jabatan Peguam Negara telah meminta penjelasan lanjut mengenai penggunaan kata nama bagi penyakit berjangkit sama ada "Kata Nama Khas" bagi penyakit perlu digunakan atau tidak. Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan mengenai perkara ini. Bersama ini dilampirkan senarai penyakit untuk pengesahan tuan/puan. | Sila rujuk lampiran yang diberikan. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk semakan terjemahan dalam bahasa Melayu | Makna | 21.11.2016 |
| selamat sejahtera, di sini saya ingin mendapatkan senarai perubahan perkataan. contohnya perkataan 'bahasa Melayu' ditukar kepada 'bahasa Malaysia', 'di kalangan' ditukar kepada 'dalam kalangan' dan sebagainya. sekian terima kasih. | Selagi Perkara 152 Perlembagan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. Sementara dalam ungkapan 'di kalangan', kata sendi nama 'di' merujuk kepada tempat sahaja manakala kata sendi nama 'dalam' lebih sesuai digunakan kerana hadir dihadapan kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. | Tatabahasa | 25.09.2007 |
| Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah menggunakan perkataan "Agropreneur" bagi maksud "Usahawan Tani". Jadi apakah kewajaran mengenai penggunaan terma ini? | Istilah "usahawan tani" merupakan istilah sasar bagi kata bahasa Inggeris 'agropreneur". Walaupun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi lain memilih untuk menggunakan kata bahasa asing tersebut, tidak dapat dinafikan kewujudan penggunaan kata bahasa Melayu "usahawan tani' dalam data korpus penggunaan masyarakat. Data korpus juga menunjukkan penggunaan kata "usahawan tani" lebih banyak digunakan berbanding kata "agropreneur" dalam teks bahasa Melayu pada ketika ini. Terdapat juga penggunaan kata ini yang telah didaftarkan dalam pertubuhan, skim, projek dan sebagainya. Oleh sebab itu, kata "usahawan tani" perlu dikekalkan dalam senarai istilah yang digubal, dan penggunaan kata ini adalah sangat digalakkan. Bahasa Jiwa Bangsa. | Istilah | 25.10.2023 |
| Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kalau tidak, sila berikan pembetulannya. Terima kasih. 1 Stesen-stesen minyak di bandar-bandar semakan bertambah. [bolehkah stesen-stesen minyak dan banda-bandar digunakan bersama-sama seperti ayat ini.] 2 Nama-nama peserta-peserta sudah kami sediakan. [Yang manakah betul: Nama-nama peserta atau nama peserta-peserta. | Ayat yang betul: 1 Stesen minyak di kawasan bandar semakan bertambah. 2 Nama/senarai peserta sudah kami sediakan. | Tatabahasa | 16.10.2015 |