Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
1) Seni Membuat Kuih Tradisional 2) Seni Pembuatan Kuih Tradisional Salam sejahtera. Sebagai tajuk, manakah diantara dua diatas lebih sesuai?Frasa Seni Membuat Kuih Tradisional dan Seni Pembuatan Kuih Tradisional adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat ialah  Seni Pembuatan Kuih Tradisional.Tatabahasa17.11.2021
Assalmualikum, saya ingin mengetahui lebih lanjut, perihal takrifan Instalasi dalam konteks seni sezaman. Seni Instalasi merupakan suatu aliran seni rupa yang penting di alaf ini, tapi malangnya takrifan dalam konteks seni tidak ada.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "instalasi' ditakrifkan sebagai  1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dan lain-lain. Kami tidak mempunyai maklumat tentang takrif "instalasi" dalam bidang seni.Makna03.03.2013
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini.Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera.

Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera.
Makna27.05.2014
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasihKarya seni mempunyai nilai estetik.Tatabahasa24.06.2016
bagaimanakah menghasilkan karangan yang berkualiti?Sila rujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004Lain-lain29.07.2007
Selamat sejahtera, 1.Mereka menyiapkan tugasan seni bersama-sama. 2.Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni. (Kedua-dua ayat di atas betul ?) Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni.Lain-lain13.06.2022
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan pengesahan untuk terjemahan beberapa perkataan/frasa: 1) persada - dalam konteks "persada seni", adakah pengertiannya lebih kepada industri seni secara amnya atau wadah yang digunakan dalam industri seni? 2) truthful knowledge - ilmu sahih, adakah terjemahan ini tepat, atau pun padanan dalam bahasa Inggeris lebih tepat "valid knowledge"? 3) spiritual struggle - jihad kerohanian, bolehkah istilah ini digunakan dalam konteks keagamaan?Berikut merupakan jawapan untuk soalan-soalan yang dinyatakan:

1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "persada" bermaksud bidang yang diceburi. Oleh itu, persada seni bermakna bidang seni.

2. Padanan bahasa Melayu untuk "truthful knowledge" ialah ilmu sebenar.

3. Padanan bahasa Melayu untuk "spiritual struggle" ialah perjuangan kerohanian. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Lain-lain03.06.2022
soalan 1) apakah maksud "bahasa"? 2) apakah maksud "badan"? 3) apakah maksud "seni"? 4) apakah maksud "berbahasa"? 5) apakah maksud "bahasa badan"? 6) apakah maksud "seni baerbahasa"? 7) apakah maksud "bahasa badan seni berbahasa"?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Badan ialah tubuh, jasad (manusia). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna13.01.2009
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
123456789

Kembali ke atas